Wednesday, December 14, 2011

Virus LLB

Hati-hatilah apabila kamu memasuki LLB (Hons.) di UiTM. Ini adalah kerana LLB (Hons.) membawa beribu jenis virus. Ye ke? Hahaha. Jangan takut... Aku ni yang antibodi boleh dikatakan kuat pun dah 2 kali demam sejak masuk LLB ni. Dulu masa BLS, maybe setahun sekali je kot aku demam. Ni tak sampai setahun pun dah demam untuk kali kedua. Ni salah satu virus dia.

1. Virus tak kisah balik tengah malam pun boleh. Ahaks~ Aku pernah keluar office pukul 11.30 malam okay? Sebab apa? Sebab nak siapkan kerja. Sebab apa? Sebab terpaksa. Bukan suka-suka. Huhu.

2. Virus tidur. Ni aku rasa semua orang pun ada. Aku pun yang masa BLS, kalau tertidur pun tersengguk-sengguk je. Tak ada la sampai nak letak kepala atas meja dan tidur. Tapi inilah yang aku buat semasa kawan-kawan aku tengah present kat depan. Aku boleh letak kepala atas meja dan tidur ye? Kantoikan diri sendiri, tak tahu malu. Hahahaha. Aku sekarang dah tak sama macam yang dulu.

3. Virus badan shut down sendiri. Aku tak tahu la kalau benda ni jadi kat orang lain. Tapi benda ni jadi kat aku denga roomate aku. Badan kitorang boleh shut down bila-bila masa saja apabila dalam bilik, balik dari kelas. Pernah sekali aku tak perasan pun aku dah terbaring kat katil tidur sedangkan sebelum tu aku tengah duduk dekat meja study depan laptop. Jangan fikir yang bukan-bukan. Tak ada hantu pun. Haha.

4. Virus tak ada lunch time,weekend, public holiday dan cuti-cuti yang lain. Jangan berangan la nak pergi tengok wayang ke, berkaraoke ke, pergi dating ke kalau kisah kerja tak siap. Kalau aku la, aku tinggal je kerja tu sekejap, pergi la lari tengok movie. Pastu balik sambung buat kerja. Hahahahahaha. Public holiday tak payah la ingat dapat rest ke apa. Ada kelas ok... Sangat tak best.

Oleh itu, jangan ingat LLB ni senang. Kau memang takkan ada life la weh. Duduk terperap dalam ofiice tu sepanjang semester tak jumpa dunia lain.

Peace n out~

Love, ajim.

 

No comments: